Saturday, February 19, 2011

Unsur Penipuan Di Dalam Skim Pelaburan Projek Pertanian Yang Di Anjurkan Oleh Syarikat Swasta Dan Individu Tertentu.

Kebelakangan ini sering terdapat rungutan dan laporan daripada orang ramai berkaitan kes penipuan di dalam skim pelaburan pertanian yang dianjurkan oleh syarikat –syarikat swasta dan individu tertentu, Kes-kes penipuan ini melibatkan penanaman serai, penternakan cacing, lintah, ikan keli dan burung walit. Syarikat-syarikat swasta ini akan memujuk orang ramai berdaftar sebagai ahli dengan mengenakan yuran keahlian yang tinggi disamping meminta ahli untuk membeli benih dan lain-lain input pertanian daripada syarikat berkenaan sebagai syarat utama menyertai skim pelaburan ini. Syarikat ini turut menjanjikan pembelian balik hasil pertanian dengan harga yang tinggi daripada pasaran. Kes-kes penipuan seperti ini telah pun dikesan di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Pahang.

Sebagai langkah bagi mengawal kes-kes seperti ini orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran pelaburan dalam projek pertanian yang dibuat oleh syarikat-syarikat swasta / individu-individu tertentu. Orang ramai digesa mendapatkan nasihat daripada pegawai-pegawai Jabatan dan Agensi berkaitan terlebih dahulu. Di samping itu pegawai juga diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya memberi sokongan kepada syarikat-syarikat swasta yang ingin menganjurkan seminar atau latihan pertanian kepada orang ramai tanpa memeriksa kesahihan syarikat tersebut.

PETIKAN PENGUMUMAN DI LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...