Saturday, February 19, 2011

AMARAN BESAR! PENIPU PELABURAN USAHAWAN STEVIA!

JANGAN JADI BODOH DAN TERTIPU DENGAN PELABURAN USAHAWAN STEVIA YANG TERBARU INI!

Ini adalah pakej yang dijanjikan oleh syarikat yang dinyatakan di bawah ini! berdasarkan kepada laman web mereka. Gambar-gambar ini diambil dari web mereka juga!

"MEGA HERBS BIOEXTREME juga menawarkan hak pemasaran produk akhir kepada Rakan Niaga Stevia.

Bagi Pakej Penanaman , Kami menawarkan 2 Pakej yang Menarik kepada anda "


Bagi Mereka Yang tidak mempunyai tapak , Tetapi ingin menceburi penanaman stevia sebagai penjana pendapatan sambilan yang hebat.




 OK MARI KITA TELITI BERSAMA-SAMA!

Fakta No.1:


Untuk Pakej RNS (A) bermodalkan RM3,000 untuk 100 anak pokok Stevia.
Sedangkan pasaran sebenar RM5.00 untuk sebatang anak pokok.

JADI SEBENARNYA ANDA AWAL-AWAL LAGI RUGI RM2,500!

Fakta No.2:

Pokok selepas 3 bulan ke atas sudah TUA dan MATANG kan? 
1 POKOK STEVIA hanya boleh memberikan DAUN KERING sebanyak 100 ke 150 gram!

Jadi 100 pokok Stevia hanya boleh memberikan lebih kurang 
1kilo = 1,000 gram daun kering SAHAJA!

"Untuk mendapatkan sekilogram stevia kering, sekurang-kurangnya lima kilogram daun basah diperlukan iaitu kira-kira RM1.40 sekilogram, manakala kos pengeluarannya mungkin melebihi harga RM7 sekilogram tanaman"
BENARKAH? ANDA AKAN MEMPEROLEH KEUNTUNGAN.....
1 POKOK RM80
100 POKOK RM8,000?

Fakta No.3:


Orang bodoh mana  membayar RM3,000 untuk 100 anak pokok? ini adalah lebih!


Modal
Keuntungan (dlm 3 bulan)
Keuntungan(dlm
setahun)
RM3,000
RM8,000(300%)
RM24,000(1,200%)

SEKALI LAGI SAYA BERTANYA…BENARKAH???? KEUNTUNGAN SEBANYAK INI??? DALAM TEMPOH 
3 BULAN!!!!!
Jadi bagaimana dengan keuntungan yang diperolehi syarikat tersebut sekiranya mereka memberi keuntungan setinggi ini?



Fakta No.4:

Di sini ada 2 scan fliers yang telah diedarkan oleh syarikat berkenaan:

MODAL
DAPAT
KEUNTUNGAN
RM5,000

30 produk stevia x RM38.00
(Tea Stevia)

RM1,140 SETIAP BULAN
RM 27,000 SETAHUN!  
(547% KEUNTUNGAN)

RM5,000

500 kotak x RM38.00
(Tea Stevia)
RM19,000! 
(380% KEUNTUNGAN)
TAK KE BODOH?!!
JADI YANG MANA BETUL?!!! 
DAPAT PRODUK BERBEZA, JUMLAH BERBEZA DAN KEUNTUNGAN BERBEZA???

Fakta No.5:

Di sini ada 2 scan fliers yang telah diedarkan oleh syarikat berkenaan:

MODAL
DAPAT
KEUNTUNGAN
RM15,000

2500 KOTAK  x RM38.00
(Tea Stevia)

RM 95,000


RM15,000

200 PRODUK STEVIA x RM38.00

RM7,600 SETIAP BULAN
RM 91,200 SETAHUN! 




SEKALI LAGI???? DAPAT PRODUK BERBEZA, JUMLAH BERBEZA DAN KEUNTUNGAN BERBEZA???
JADI YANG MANA SATU BETUL?!!! 

Fakta No.6:

DIVIDEN (KEUNTUNGAN) PELABURAN DI MALAYSIA


AMANAH SAHAM 7%
BANK DEPOSIT 2-3.5%
TABUNG HAJI 5%
UNIT TRUST 3-4.5%

TETAPI MEREKA BOLEH MEMBERIKAN 300% 

KEUNTUNGAN! DIMANA KEUNTUNGAN INI BOLEH 

DIPEROLEHI?
oleh itu berhati-hatilah anda! JANGAN TERTIPU

16 comments:

SHAH IBRAHIM said...

Kisah si bodoh jual si pandai, si bodoh tipu si pandai telahpun difilemkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem "3 Abdul". Marilah kita sama-sama fahamkan.
Kita kembali kepada Law Of Nature. Buat baik dibalas baik, Orang tamak selalu rugi dan banyak lagi.
Ejen-ejen MLM yang berpengaruh dan "manis mulut" biasanya memburu individu yang berduit, kaya, berharta dan berpengaruh untuk dijadikan mangsa.
Golongan inilah yang selalu masuk akhbar bila telah ditipu. Kenapa? Cuba mereka-mereka ini berdiri dihadapan cermin dan tanya pada diri sendiri. Kenapa kena tipu? 1. Sebab aku tamak? 2. Sebab aku tidak bersyukur dengan apa yang aku miliki? 3. Sudahkah Aku bayar zakat? atau kenapa. Aku belajar tinggi. Tapi masih ditipu. Kenapa? Kita renung bersama lirik lagu Saudara Herman Tino. ".. Terkurang himpun lagi,, terlebih memberilah.." Tapi, pastikan beri pada yang lebih memerlukan. Untuk menasihati golongan ini, individu tersebut mestilah lebih berpengaruh, lebih berduit, dan lebih kaya. sebab orang-orang yang masuk skim MLM ini hanya melihat keuntungan, keuntungan...keuntungan sahaja.

penduduk serendah said...

Bolih kah sesiapa yang tertipu dengan skim Pelaboran Stevia ini tampil mengsahkan yang mereka adalah mangsa penipuan. Kalau Ada bolih tak cerita apa yang telah berlaku.

Nurin MySarah said...

Erm betul...ada sapa2 boleh citer, sbb saya pun ada masuk program stevia ni berdasarkan tawakkal dan minat dan dah dapat hasil sebanyak rm900 (bulan pertama) + rm400 (bulan ke-2), insyaAllah bulan ke tiga akan dapat modal balik sejumlah rm1500 dan bulan ke-4 hingga 12 tinggal dapat untung jer. =)

Hj Omar said...

Kalau wujud penipuan memang zubir dan kuncu-kuncunya kita laporkan pada polis dan bukti yang jelas ade sila nyatakan disini.
Ini ade manusia yang dengki , kalau Zubir menipu berikan segalanya , sekira megaherbs biextreme tidak wujud saya sendiri akan buat search dan laporkan pada POLIS.

amir said...

memang penipu........saya dan rakan saya dh 3 bln x dapat hasil apa2....telefon ofis dh x angkat...

imanda amalia said...

amir...

Nak tau gak cmne awak bleh tertipu...

vena_wiskah@yahoo.com

dod d bod said...

jgn jadi bodoh lahhh wahai melayu sume...kalau dah nama mlm tu...org tak tau niaga laaaa....sbb apa ...kita kasik duit kat orang utk diniagakan...maknanya kita tak tau niaga...lebih baik kasik org tua kat kampung...dpt pahala..tak mau kerja mau cepat kaya ....mana boleh maaaaaa...sebagai kesimpulannya melayu ni tak tau niaga..sbb british dah ajar melayu jadi kuli...so bila kerja selain dari kuli...niaga mesti tipu....amacam...

pelangi__ said...

salam.. ditujukan kpd >> dod d bod .
kenapa nak hina org melayu mcm tu sekali ? agak kaum apa anda ni ? kalau melayu ,boleh g JPN tukar ic as chinese or indian . kalau bukan melayu ,sedar diri sikit anda berada di TANAH MELAYU !
x salah untuk seseorang mengubah nasib hidup mereka . rezeki dtg tanpa diduga ,. ALLAH yg MAHA MENGETAHUI akan segalanya. itu TAKDIR ! x payah nak menghina orang sangat. di kemudian hari kelak anda akan berada di tempat org yg anda HINA . insyaALLAH . sekarang ,dunia balas dunia . no worries . sedar lah sikit . mybe mereka join bisnes2 ni utk tingkatkan pendapatan . sara hidup tinggi . at least mereka cuba cari rezeki dgn cara yg halal . bukan dgn meminta SEDEKAH drpd anda !

darksoul113 said...

Salam...PELANGI, awk maybe tak knal si Dr.Zubir nie (DR ke?) dh berapa ramai org melayu ditipunya masa dia buat Monsun Biz dulu tu..brape ramai yg gadai tanah..berhutang dgn Along semata2 nk join biz dia...sudahnya hampeh...
Mmg x salah nk ubah nasib..tapi if dgn zubir nie alamat yg miskin makin papa kledana laa.
sya ckp dri apa yg sya lihat & alami sndiri.

pered said...

macamana plak dgn 'Stevia Green Valley'? scam jga?minta pendapat anda semua,tq.

far said...

Aduh..mcm mne ni..da join da ni..

Unknown said...

Salam 1Malaysia

Penipuan Pembayaran Keuntungan Bulanan Bagi Pakej 2 ( Dr Zubir Uruskan ) Rakan Niaga Kontrak Stevia

Saya telah menyertai Rakan Niaga Kontrak Stevia Pakej 2 pada 4 November 2011 kerana tertarik kepada iklan yang disiarkan pada akhbar harian KOSMO.

Pada iklan tersebut saya telah menghubungi Pegawai Pemasaran bernama Lynn 011-6363735 untuk maklumat lanjut. Saya juga telah menghubungi Dr Zubir 017-2897118 untuk kepastian tentang program tersebut.

Mereka telah memberi penerangan dan menyakinkan saya tentang program tersebut dan meminta saya memasukan duit dengan segera kerana program tersebut akan tamat tempoh dan hanya terhad kepada beberapa peserta sahaja.

Saya telah memasukan wang sebanyak RM1500.00 ke Akaun CIMB 14310006128058 atas nama UNITED ZONE RESOURCES pada 8 November 2011 jam 14:14:03pm.

Pegawai Pemasaran bernama Lynn dan Dr Zubir telah mengesahkan menerima bayaran tersebut diatas nama UNITED ZONE RESOURCES bukannya MEGAHERBS BIOEXTREME.

Dua minggu berikutnya saya telah menerima surat perjanjian dan saya telah menandatanganinya berserta setem hasil dimatikan.

Setelah sekian lama menunggu, mereka telah membuat bayaran kali pertama pada 10 April 2012 sebanyak RM1000.00. Mengikut perjanjian bayaran akan dibuat selepas 45 hari perjanjian ditandatangani, tetapi pelanggaran perjanjian telah dilakukan.

Setiap hari saya membuat panggilan kepada Megaherbs Bioextreme Bahagian Kewangan 03-4143 6878/79 tetapi semua jawapan yang diterima amat mengecewakan. Kadang-kadang panggilan yang dibuat tidak pernah dijawab.

Saya juga ada menghubungi Pegawai Pamasan bernama Lynn tapi beliau mengatakan yang beliau telah berhenti kerja. Saya juga telah menghubungi Dr Zubir tetapi tidak pernah berjawab hanya bunyi nada panggilan dengan nada lagu indon.

Saya ada mumbuat pangilan kepada wakil mereka melalui nombor 012-6877502 dan beliau telah mengambil maklumat saya dan berjanji akan menyelesaikan kes saya ini tetapi hanya janji tinggal janji.

Saya merasakan program ini telah menipu saya.Iklan mereka masih tersiar di akhbar KOSMO, iklan di ASTRO dan di Lebuhraya PLUS.

Saya berharap agar pihak yang berkaitan mengambil tindakan diatas syarikat MEGAHERBS BIOEXTREME (001946380-K) yang menganjurkan program dan UNITED ZONE RESOURCES (001652802-W) yang mengambil wang deposit untuk program tersebut.

Bersama-sama ini disertakan salinan surat tawaran, surat perjanjian, surat penerimaan bayaran pertama dan iklan di akhbar.

Sekian, terima kasih.

aircond kereta malaysia said...

eh...mcm sama jer kejadian awak cerita tu....apa kata klu kita berfakat fakat untuk bergabung semua sekali yg telah tertipu oleh Datuk Dr Zubir Bin Penyangak tu bersama semua Bukti yg kita ada....berkumpul di dalam Balai Polis Setapak pada hari / masa yg kita cadang kan nanti...dan terus buat laporan ramai ramai....?...aku pun geram gak kat dia tu....semua line tel hp n ofis dah tak angkat..ingat tau.....ramai ramai sembanhyg hajat baru dia tau.....mana dia nak lariiii...jadi biul sumur hidup.......ambik ko dr penipuuuuuu....!!!

aircond kereta malaysia said...

sepatutnya SSM, BNM , Polis BLACKLIST jer nama, no kp dia tu serta orang orang yg pernah terlibat dlm SCK tu termasuk lah kaum kerabatnya....termasuk juga kakitangan pekerjanya sekali....barulah dia org akan beringat sampai bila bila...''klu aku jadi bos. aku takleh tipu pekerja n org lain . nanti nama aku n kaum kerabat aku pun kena sama...""".....pekerja bawahan pun akan terfikir..."""...aku mesti report polis klu bos aku main tipu dgn pelanggan....klu aku report, nama aku selamat....tapi...klu aku tak report....sekali dgn aku masuk lokap ????""""

shahBiz said...

imanda amalia,penduduk serendah,Rachel Granger,Hj Omar,kenapa diam????ada pape komen dgn Unknown said??????

Aku laa said...

'unknown' tu bukan kena tipu dgn Dr. Zubir, tapi kena tipu oleh orang yang buat iklan palsu di surat kabar. lain kali kalau nak join pergi kepajabatnya yg berdaftar dgn SSM. surat kabar tu pun lahab macam buaya..bukan dia peduli iklan tu palsu ker, penipu ker.. janji masuk duit.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...