Hot Topic!!

Fakta! Lebih 2 billion duit orang melayu lesap dalam projek tipu dan skim cepat kaya.
 
Fakta! Koperasi Modal Islam Trengganu Berhad rugi dan lingkup kerana skim cepat kaya dan projek tipu.

Fakta! Operator skim cepat kaya dan projek tipu terlepas dan masih bermaharaja lela

Fakta! Projek cacing Kulim menyebabkan 3,000 petani hilang RM 25 juta berulang

Fakta! Ramai orang tahu projek tipu dan skim cepat kaya boleh meruntuhkan sesuatu bangsa itu tetapi ramai yang berdiam diri khususnya yang ditipu dan masih membenarkan diri ditipu lagi.


FAKTA DI BAWAH INI LEBIH MENGGERUNKAN.


JANGAN BACA!!


SEKARANG PROJEK TIPU TERBARU DALAM AKHBAR TEMPATAN IALAH:

 USAHAWAN STEVIA OLEH DR ZUBIR 
(Megaherbs Bioextreem)

Apakah anda hanya mahu membaca dan melihat sahaja apa yang telah dilakukan oleh manusia yang bernama “Dr” Zubir ini. 

Sedarkanlah bangsa Melayu dan semua rakan taulan anda agar mendesak pihak berkuasa menangkap orang seperti ini kerana   usahanya khianat bangsa sendiri. 
Kerja yang dilakukan oleh orang seperti “Datuk Dr” Zubir ini dan orang-orang yang sepertinya yang banyak dalam negara tapi tidak ditangkap oleh pihak berkuasa kerana kebijaksanaannya menipu dan licin lepaskan diri macam belut tidak boleh dibiarkan.  

Kepada yang dah ditipu oleh macam-macam projek tipu dan skim cepat kaya tak kira seperti usahawan cacing, usahawan cendawan, usahawan burung walit, usahawan kambing, usahawan serai, usahawan lembu, usahawan mobile income, usahawan arang batu, usahawan ikan keli, usahawan rumpai air, usahawan baja organic, pak man telo, labu peram, 350, komoditi kopi, komoditi koko, usahawan ketam nipah, stevico, Othman hamzah, abffund, buyebarrel, invesrtpro, GGrade, smartindex, saham han seng, gores dan menang, winlifund, empay,  swiss cash, forex, madinatul global bazar, Liberty Reserve, E-Bullion, dana future, pelaburan dalam mata wang asing, MIRSB,MONSUN BIZ, 86, Monsun-biz / mobile-income, Dinar Reserve,  usahawan stevia oleh megaherbs bioextreem (terbaru) ….. dan banyak lagi.

SILA  AMBIL TINDAKAN JANGAN DIAM AJE. TULIS PENGALAMAN ANDA DAN PAUTKAN PADA FACEBOOK RAKAN ANDA MINTA KOMEN DAN RAYU KERAJAAN AMBIL TINDAKAN BENTERAS SEGERA pengkianat bangsa ini dan semua orang-orang yang sepertinya!

ORANG-ORANG SEPERTI ZUBIR DAN RANGKAIAN ORANG-ORANG SEPERTINYA AKAN SENTIASA MENCIPTA PROJEK TIPU UNTUK ORANG MELAYU KERANA DIA PANDAI BACA PSIKOLOGI ORANG MELAYU. 

Apakah orang Melayu suka ditipu? Suka kaya cepat tapi malas kerja? Suka kerja mudah? Suka pada pelaburan yang bukan kerajaan buat dan berlesen? Tidak pandai berniaga sendiri tapi lebih suka orang lain niagakan? Mudah lupa pada hal dah banyak maklumat bahaya skim cepat kaya diberitahu tapi masih turut serta? Suka dengan janji pendapatan luarbiasa? Suka perniagaan khayalan dari perniagaan realiti?

BERIKAN KOMEN ANDA dan jangan berdiam diri sahaja. Menjadi tanggungjawab kita membasmi kemungkaran.Baca laporan BNM berapa billion duit orang Melayu hilang kerana projek tipu dan skim cepat kaya!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...