Monday, February 21, 2011

MENANDATANGANI PETISYEN BERSATU KEPADA ANTI TIPU (B.E.R.K.A.T)

Salam kepada rakan-rakan ku, salam perpaduan, di sini saya ingin mengutarakan sebuah surat yang telah dikaryakan untuk meluahkan rasa terkilan dan kecewa degan apa yg berlaku disini, iaitu syarikat bumiputra menipu dan banyak makan duit anak bangsa kita sendiri!

Sehingga kini kita telah mendengar pelbagai cerita berkenaa Skim Cepat kaya atau secara ringkasnya SCK, daripada cerita Swisscash, Skim Pak Man Telo, skim tukaran matawang, emas dan sebagainya.

Betul ke anda boleh menjadi kaya dengan tanpa membuat apa-apa? hanya melabur dan mengoyangkan kaki?

Walaupun dengan pelbagai paparan berita, deretan artikel-artikel di dalam surat khabar, dan cerita dari mulut ke mulut. Penduduk Malaysia masih tertipu oleh kaum-kaum yang rakus mencari keuntungan dengan menyedut hasil titik peluh penduduk Malaysia yang rata-ratanya adalah pada paras kewangan sederhana.

Untuk maklumkan rakan-rakan kita memerlukan SOKONGAN rakan-rakan dalam hal ini! Marilah kita bersama-sama membanteras pembohongan ini daripada terus berleluasa!

Silalah rakan-rakan menyebarkan surat dibawah ini dan memberi sokongan di dalam geran bersepadu ini, marilah kita bersama-sama menandatangani petisyen kepada badan-badan kerajaan untuk mengambil tindakan tegas!

Marilah bersama-sama mengetengahkan maklumat diri, maklumat projek-projek palsu ini dan tandatangan rakan-rakan yang pernah TERTIPU dan DITIPU oleh syarikat-syarikat bajingan ini!

Marilah bersama-sama menandatangani SOKONGAN ANDA DISINI!

6 comments:

Ficka said...

MLM dan Skim Cepat Kaya akan merosakkan bangsa sendiri...Tolong buat sesuatu sebab ia sudah berleluasa memperdayakan orang terutamanya bangsaku iaitu bangsa melayu ..Contoh Hai-o ....plan dalam buku lain tapi bila jumpa orang plan lain ..strategi hanya nak promote plan bukan fokus jual barang ..Dah ramai yang teranyai ...bantu lah orang melayu daripada ditindas bangsa sendiri ...
apa yang boleh kita buat?
1.Dedahkan aktivity scam
2.Hentikan aktiviti
3.Buat laporan Polis dan SPRM
4.Tindakan Mahkamah
5.Bekukan aset-aset scammer
6.Tubuhkan Yayasan untuk tolong mangsa-mangsa dengan wang yang ditipu
Just my 2cent...

Unknown said...

ini adalah pengalaman yang aku kutip dari berbagai sumber,melalui pembacaan,pengamatan serta penyampaian dari kuliah para guru-guru.ya saya amat bersyukur kerana dibukankan pintu hati untuk melayari laman ini.ramai orang yang tertewas dengan iklan serta janji manis mengenai jutawan segera.sehingga kini aku masih menyesali perkara yang telah berlaku kepada sang suami kenalanku.benar,apabila perniagaan berlandaskan keuntungan bukannya kebajikan,kemewahan menjadi tag line,manusia menjadi tamak serta hilang kewaran akal.malah golongan profesinal serta berpendidikan boleh terpedaya,apatah lagi diri anda sekiranya tiada benteng ilmu yang mencukupi untuk menepis tipu daya skim cepat kaya/jutawan segera.benarkah nak jadi jutawan boleh segera?apa natijah yang berlaku selepas itu,Sang suami hilang kerjaya,hilang kawan serta hilang kepercayaan dari sang isteri.Sehingga kini sang isteri masih sukar nya menerima kesilapan yang telah dilakukan oleh sang suami.Walhal perkara itu sebenarnya boleh dielakkan sekiranya sang suami mendengar nasihat sang isteri.Namun sang isteri itu mulia hatinya masih berusaha untuk belajar memaafkan kesilapan serta kekhilafan sang suami.Sang isteri selalu mengadu kepada tuhan,apakah hikmah yang tersirat.munkin ini jalan yang telah tuhan buka untuk sang isteri mendekati diri kepada tuhan serta belajar berlapang dada untuk membaiki keluarganya sendiri.jika anda berada ditempat sang isteri,bagaimanakah reaksi anda,marah,mengamuk atau..........!

Devastator said...

Nice!! Menarik dan berinformasi. Smart info for the dumb ones. But sadly, in the end, only the smart ones who read "on behalf" the dumbs.

nodin said...

teruskan usaha.. aku pun ada pengalaman dalam penipuan macam ni - forex...
dan pernah pegi jemputan untuk masuk investment mat kool smart kiosk.. nasib baik x masuk sebab tipu semata... dah masuk mesin x dapat.. ada yg dapat tp organizer akan lepas tangan lepas tuu..

DaNia IzaRa said...

salam 1 malaysia..
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Skim Cepat Kaya(SCK) di Malaysia kini semakin menjadi-jadi ibarat "Cendawan tumbuh selepas hujan" dimana makin banyak cendekiawan terutama yang berbangsa melayu yang ingin merosakkan bangsanya sendiri.
Apa yang saya ingin kongsikan disini “JANGAN LAH MUDAH TERPEDAYA ATAU TERTIPU DENGAN PENIPU BESAR INI”.
Menurut fakta yang dipercayai kebanyakan rakyat Malaysia yang berada didalam golongon miskin sederhana atau golongan yang berpendapatan rendah atau sederhana menginginkan kesenangan dan kemewahan bagi meneruskan kehidupan seharian. Walaupun pihak kerajaan berjaya mengurangkan kadar penduduk miskin tegar, masih terdapat segelintir penduduk dengan hasil pendapatan isi rumah yang sederhana dan tidak menentu ini terlalu terdesak untuk mencari alternatif lain bagi menampung perbelanjaan seharian yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Dengan situasi yang berlaku ini dan ditambah pula dengan krisis ekonomi dunia, maka makin ramailah orang yang bijak pandai ini yang mana sebenarnya naïf@bodoh menggunakan kelebihan mereka untuk mengaut keuntungan dengan kadar segera melalui jalan mudah untuk menipu orang ramai melalui SCK dengan cara yang pelbagai konsep. Pelbagai pelan pemasaran, komisen, keuntungan dan macam-macam lagi teknik dan taktik bagi memperdayakan atau mengaburi pemikiran orang ramai.
Walaubagaimanapun segala yang dilakukan oleh mereka ini tidak pernah kekal lama dan akhirnya mereka jatuh tersungkur setelah kegiatan mereka selama ini dihidu oleh pihak berkuasa. Disebabkan itu juga, ramai orang yang merana dan sengsara setelah wang simanan atau pinjaman mereka lesap sama sekali tanpa mendapat pulangan kembali kerana diri mereka telah ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
Contohnya, Bernard L Mardoff, Pengasas skim cepat kaya terbesar di dunia akhirnya jatuh ke tanah jua, setelah mengaut keuntungan berbillion USD. Namun sekelip mata keuntungan sementaranya itu akan hilang, pada masa yang sama meninggalkan mangsanya terkapai-kapai seperti tanpa oksigen di tengah lautan.

Post By Izzah Hazwani(Kaunseling Industri-SX105411hrd01)

TKPM Gajah X Mati said...

DASAR EKONOMI BARU & DASAR PERINDUSTERIAN telah melonjak pendapatan sebahagian besar orang Melayu terkeluar dari belenggu kemiskinan. OLEH itu kelas menengah ingin jadi Kaya. Program jangka panjang ASN & ASB yang terjamin di rsakan terlalu lambat. Oleh itu datang lah kumpulan dengan idea agresif mengujudkan Skim yang tidak viable dan berdaya maju dan tidak mempunyai daya pertumbuhan yang kuat
Di mulakan dengan Skim Labu Peram
Skim Pak Man Telo
Skim 350
Satu generasi sudah hilang wang dan harta tanah
Kemudian Era Pink Form & Saham di Masa Dato Sri Anwar Menjadi menteri Kewangan....
Semua nya musnah dengan serangan George Soros penyangak mata wang
Apa bila pertanian di beri tumpuan dalam Era Pak Lah. Petualang pula mengambil kesempatan mengujudkan Skim Pertanian,Ternakan dan Perikanan. Orang yang membuat skim ini tidak lah pakar dari bidang ini dari segi pengeluaran terutmanya pemasaran. Rata pasaran dalam negeri di mana permintaan terhad.
Kebanyakan Industri berdaya maju di Tanah Melayu adalah berorientasi export dan di labur oleh negeri yang hendak produk tersebut. Ia bermula dengan..
Rempah di zaman Kesultanan Melayu Melaka
Timah di zaman revolusi Industri di Eropah
Getah di Zaman revolusi Automobil
Sawit ..... untuk pasaran Dunia
Petrolium .....
Skim yang di gunakan Schemer hanya fokus kepada pasaran dalam negeri yang terhad. Jika di kira export ia hanya propanganda tidak ada joint venture.
Ini satu tragidi yang memusnahkan hasil DEB dan Perjuangan pemimpin terdahulu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...