Showing posts with label monsun-biz. Show all posts
Showing posts with label monsun-biz. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Monsun-biz / mobile-income

Posted in the Brunei Forum    
  1. hamba allah kata:
    June 28th, 2009 at 2:05 pm
apa pun setiap business dari zubir memang tak boleh percaya… daripada smsworks.mobile-income,mobiweb,call centre,monsun,seemore,gentayangan dan apa lagi lah dan yg terbaru empire minda (kalau tak silap) semuanya business tipu i boleh jamin 100%. kita tidak membicarakan betapa taatnya zubir pada emak nya so tak perlu lah kita bicarakan hal itu kerana tak ada kene mengena dgn business ug zubir buat pada anak bangsa nys sendiri.. office di mines,melawati masih ada lagi ker???? saya telah pun pergi ke mines dah tutup kemudian saya pergi ke tmn melawati hanya satu office jer yg tinggal daripada 4 office yg zubir sewa.. office yg tinggal satu tu pun dah nak kena sealed… Dari apa yg saya tahu gentayangan tu mendapat bantuan pinjaman dr SME bank sebanyak 800K tapi masih tak setel juga pembayaran gaji perlakon dan juga staff , sewa office dah lah tak usah nak cakap hampir setahun tak bayar… mulia nya insan bernama zubir nie yer… berbangsa melayu dan beragama islam pula tu… subhanallah… Saya tengah duk terfikir akan nasib dikalangan org melayu yg telah mengikuti program yg dianjur kan oleh zubir… ada yg sanggup bergadai,keluar kan duit kahwin,pinjam along dan sebagai nya .. yang lebih menyedih kan lagi saya adalah salah seorang staff zubir yg berurusan dgn mereka…. setelah menyedari akan penipuan yg dilakukan oleh zubir saya telah pun meletak kan jawatan dgn tiada pembayaran gaji.. Oh Ya terlupa saya pada cik rahayu Yusof (ayu) perempuan simpanan si zubir nie… dia pun ntah kemana lah agak nya yer ayu nie pun perangai sama jer dgn si zubir … so berhati-hati lah yer…. Lagi sorang kambing hitam bg si zubir dan dgr kata dia skrg sdg hidup susah… En Kassim (CEO WQW) untuk pengetahuan pembaca pinjaman sebanyak 800K ini adalah atas nama kassim dan dia perlu tanggung hutang ini … pandai kan ZUBIR! sedap dia habis kan duit tu tapi si kassim yang bayar …. Cuma satu doa saya agar tuhan mendengar akan seluruh keluhan dr umat yg dianiaya oleh ZUBIR!!!! Tak selamat hidup kalau dah bangsa sendiri dan seagama dipermainkan… Salam -hamba allah-
  1. man teghanu kata:
    July 3rd, 2009 at 9:40 pm
memang zubir yahya tu kaki penipu…..kalau tak caya cuba selidik kat negri terengganu,dah beribu org kena tipu dgn dia sampai ada yg muflis,dia seorang yang licik dan pandai berkata2 sbb muka dia nampak baik….kes koperasi modal islam terengganu berhad(KOMIT) habis lingkup dibuatnya, ramai yang tertipu…kalau tak caya boleh contact dgn Suruhanjaya Koperasi Negeri Terengganu, mereka seme ada bukti dan rekod tu…..semua pembelian dibuat atas nama orang, orang lain yang tertipu terpaksa tanggung….yang terbaru keluar dlm Selamat Pagi Malaysia promote buku tulisan…yang terbaru RTM pun kena tipu disebabkan muka dan kata2 manisnya…selepas tak tau siapa lagi yang kena tipu!
  1. man teghanu kata:
    July 3rd, 2009 at 9:48 pm
saya tak tipu…dengan nama ALLAH….si ZUBIR tu la perosak bangsa Melayu dan agama Islam…merasa cukup sedih di atas segala penganiayaan dan penipuan yang dilakukan kepada ahli2 koperasi KOMIT Terengganu…beratus-ratus ribu lesap tapi yang peliknya dia tu selalu terlepas dari polis..memang dia tu licik…tapi dalam kubur nanti tau lah camne nak jawab dengan MUNKAR dan NAKIR nanti…kita tak selamanya idup atas dunia ni….mangsa penipuan ZUBIR

GEMPAR!!! Penerbit Penipu!!!


Penerbit SecondLife Pictures Filem Gentayangan Datangku Dijemput adalah Head Master kepada sesetengah pihak yg menjalankan perniagaan internet diluar sane.

Zubir Yahya adalah dalang dlm perniagaan internet sprt Mobile Income, Bossmailer, SeeMore, I-go Mobile, Monsun, Callcenter, Payment Gateway dll yg selalu keluar iklan besar2ran dlm Metro dan TV3 nak jadi jutawan la dapat duit banyak la entah ape2 punya biz yg nak perdayakan org2 yg bodoh IT tp ade jak yg celik IT pon terkena dgn dieorg ni.

Aku nak sangat pihak Melodi ke @ mane2 pihak tanye kt Zubir ni ape cite kt Pn Nora yg dl2 iklan bagai x inagt jutawan bt biz ni dapat duit juta2 kete beso2 tp skrg dh xde kuar Metro dh, skrg mane g Pn Nora 2 dh kene tangkap ker? . Dh kutip duit org pas 2 lari ker?. Ape cerita biz ni betol ke x betol? dengar cite ramai jadi magsa. (sumber ini blh membantu ramai lagi yg kt luar 2 x tertipu)




Ha ni aku nk bagi tahu kowang sume yg paling kiri ni Rahayu Yusuf klo kowang perasan die byk kali kuar iklan kt Metro dan TV3 konon Calon Jutawan 2008 die pakai tudung (pic pakai tudung ade kt pic 1) kuar iklan la ni bukak plak nti nk kuar iklan pakai tudung lagi Yg hangatnye Rahayu ni gundik Zubir, Zubir bela die utk kepentingan sendiri dlm biz internet 2. Zubir siap bagi kete Kia Optima dan Condo Bistari kt depan The Mall 2 si Zubir ni pon duk situ jak tp blok lain2 yela senang la klo nk servis kan dekat2 xyah bazir minyak. (duk tengah2) Zaa bini Zubir, kwn aku ckp bini die ni xtahu kot hubungan dieorg ni.

 


Yg sebelah Zubir baju merah ni Hasnol abg kandung die, dieorg ni aku dengar "buaya darat" . Kawan aku ade jadi mangsa dieorg ni ape die bt aku xnak cite la paham2 sudah la siap pasing2 lagi.



Post ini dipetik dari cari.com.my

DATUK TIPU!? DATUK DR.ZUBIR

Fakta! Lebih 2 billion duit orang melayu lesap dalam projek tipu dan skim cepat kaya.
 
Fakta! Koperasi Modal Islam Trengganu Berhad rugi dan lingkup kerana skim cepat kaya dan projek tipu.

Fakta! Operator skim cepat kaya dan projek tipu terlepas dan masih bermaharaja lela

Fakta! Projek cacing Kulim menyebabkan 3,000 petani hilang RM 25 juta berulang

Fakta! Ramai orang tahu projek tipu dan skim cepat kaya boleh meruntuhkan sesuatu bangsa itu tetapi ramai yang berdiam diri khususnya yang ditipu dan masih membenarkan diri ditipu lagi.


FAKTA DI BAWAH INI LEBIH MENGGERUNKAN.


JANGAN BACA!!


SEKARANG PROJEK TIPU TERBARU DALAM AKHBAR TEMPATAN IALAH:

 USAHAWAN STEVIA OLEH DR ZUBIR 
(Megaherbs Bioextreem)

Apakah anda hanya mahu membaca dan melihat sahaja apa yang telah dilakukan oleh manusia yang bernama “Dr” Zubir ini. 

Sedarkanlah bangsa Melayu dan semua rakan taulan anda agar mendesak pihak berkuasa menangkap orang seperti ini kerana   usahanya khianat bangsa sendiri. 
Kerja yang dilakukan oleh orang seperti “Datuk Dr” Zubir ini dan orang-orang yang sepertinya yang banyak dalam negara tapi tidak ditangkap oleh pihak berkuasa kerana kebijaksanaannya menipu dan licin lepaskan diri macam belut tidak boleh dibiarkan.  

Kepada yang dah ditipu oleh macam-macam projek tipu dan skim cepat kaya tak kira seperti usahawan cacing, usahawan cendawan, usahawan burung walit, usahawan kambing, usahawan serai, usahawan lembu, usahawan mobile income, usahawan arang batu, usahawan ikan keli, usahawan rumpai air, usahawan baja organic, pak man telo, labu peram, 350, komoditi kopi, komoditi koko, usahawan ketam nipah, stevico, Othman hamzah, abffund, buyebarrel, invesrtpro, GGrade, smartindex, saham han seng, gores dan menang, winlifund, empay,  swiss cash, forex, madinatul global bazar, Liberty Reserve, E-Bullion, dana future, pelaburan dalam mata wang asing, MIRSB,MONSUN BIZ, 86, Monsun-biz / mobile-income, Dinar Reserve,  usahawan stevia oleh megaherbs bioextreem (terbaru) ….. dan banyak lagi.

SILA  AMBIL TINDAKAN JANGAN DIAM AJE. TULIS PENGALAMAN ANDA DAN PAUTKAN PADA FACEBOOK RAKAN ANDA MINTA KOMEN DAN RAYU KERAJAAN AMBIL TINDAKAN BENTERAS SEGERA pengkianat bangsa ini dan semua orang-orang yang sepertinya!

ORANG-ORANG SEPERTI ZUBIR DAN RANGKAIAN ORANG-ORANG SEPERTINYA AKAN SENTIASA MENCIPTA PROJEK TIPU UNTUK ORANG MELAYU KERANA DIA PANDAI BACA PSIKOLOGI ORANG MELAYU. 

Apakah orang Melayu suka ditipu? Suka kaya cepat tapi malas kerja? Suka kerja mudah? Suka pada pelaburan yang bukan kerajaan buat dan berlesen? Tidak pandai berniaga sendiri tapi lebih suka orang lain niagakan? Mudah lupa pada hal dah banyak maklumat bahaya skim cepat kaya diberitahu tapi masih turut serta? Suka dengan janji pendapatan luarbiasa? Suka perniagaan khayalan dari perniagaan realiti?

BERIKAN KOMEN ANDA dan jangan berdiam diri sahaja. Menjadi tanggungjawab kita membasmi kemungkaran.Baca laporan BNM berapa billion duit orang Melayu hilang kerana projek tipu dan skim cepat kaya!


AMARAN BESAR! PENIPU PELABURAN USAHAWAN STEVIA!

JANGAN JADI BODOH DAN TERTIPU DENGAN PELABURAN USAHAWAN STEVIA YANG TERBARU INI!

Ini adalah pakej yang dijanjikan oleh syarikat yang dinyatakan di bawah ini! berdasarkan kepada laman web mereka. Gambar-gambar ini diambil dari web mereka juga!

"MEGA HERBS BIOEXTREME juga menawarkan hak pemasaran produk akhir kepada Rakan Niaga Stevia.

Bagi Pakej Penanaman , Kami menawarkan 2 Pakej yang Menarik kepada anda "


Bagi Mereka Yang tidak mempunyai tapak , Tetapi ingin menceburi penanaman stevia sebagai penjana pendapatan sambilan yang hebat.




 OK MARI KITA TELITI BERSAMA-SAMA!

Fakta No.1:


Untuk Pakej RNS (A) bermodalkan RM3,000 untuk 100 anak pokok Stevia.
Sedangkan pasaran sebenar RM5.00 untuk sebatang anak pokok.

JADI SEBENARNYA ANDA AWAL-AWAL LAGI RUGI RM2,500!

Fakta No.2:

Pokok selepas 3 bulan ke atas sudah TUA dan MATANG kan? 
1 POKOK STEVIA hanya boleh memberikan DAUN KERING sebanyak 100 ke 150 gram!

Jadi 100 pokok Stevia hanya boleh memberikan lebih kurang 
1kilo = 1,000 gram daun kering SAHAJA!

"Untuk mendapatkan sekilogram stevia kering, sekurang-kurangnya lima kilogram daun basah diperlukan iaitu kira-kira RM1.40 sekilogram, manakala kos pengeluarannya mungkin melebihi harga RM7 sekilogram tanaman"
BENARKAH? ANDA AKAN MEMPEROLEH KEUNTUNGAN.....
1 POKOK RM80
100 POKOK RM8,000?

Fakta No.3:


Orang bodoh mana  membayar RM3,000 untuk 100 anak pokok? ini adalah lebih!


Modal
Keuntungan (dlm 3 bulan)
Keuntungan(dlm
setahun)
RM3,000
RM8,000(300%)
RM24,000(1,200%)

SEKALI LAGI SAYA BERTANYA…BENARKAH???? KEUNTUNGAN SEBANYAK INI??? DALAM TEMPOH 
3 BULAN!!!!!
Jadi bagaimana dengan keuntungan yang diperolehi syarikat tersebut sekiranya mereka memberi keuntungan setinggi ini?



Fakta No.4:

Di sini ada 2 scan fliers yang telah diedarkan oleh syarikat berkenaan:

MODAL
DAPAT
KEUNTUNGAN
RM5,000

30 produk stevia x RM38.00
(Tea Stevia)

RM1,140 SETIAP BULAN
RM 27,000 SETAHUN!  
(547% KEUNTUNGAN)

RM5,000

500 kotak x RM38.00
(Tea Stevia)
RM19,000! 
(380% KEUNTUNGAN)
TAK KE BODOH?!!
JADI YANG MANA BETUL?!!! 
DAPAT PRODUK BERBEZA, JUMLAH BERBEZA DAN KEUNTUNGAN BERBEZA???

Fakta No.5:

Di sini ada 2 scan fliers yang telah diedarkan oleh syarikat berkenaan:

MODAL
DAPAT
KEUNTUNGAN
RM15,000

2500 KOTAK  x RM38.00
(Tea Stevia)

RM 95,000


RM15,000

200 PRODUK STEVIA x RM38.00

RM7,600 SETIAP BULAN
RM 91,200 SETAHUN! 




SEKALI LAGI???? DAPAT PRODUK BERBEZA, JUMLAH BERBEZA DAN KEUNTUNGAN BERBEZA???
JADI YANG MANA SATU BETUL?!!! 

Fakta No.6:

DIVIDEN (KEUNTUNGAN) PELABURAN DI MALAYSIA


AMANAH SAHAM 7%
BANK DEPOSIT 2-3.5%
TABUNG HAJI 5%
UNIT TRUST 3-4.5%

TETAPI MEREKA BOLEH MEMBERIKAN 300% 

KEUNTUNGAN! DIMANA KEUNTUNGAN INI BOLEH 

DIPEROLEHI?
oleh itu berhati-hatilah anda! JANGAN TERTIPU

Friday, February 18, 2011

Ubah Nasib Bersama Puan Nora Penipu

 






















Monsun-biz.com atau Pn. Nora boleh dikatakan sebagai Hot Topic yang menghangatkan trafik blog & forum kini. Yang tertipu, menipu dan serah diri untuk ditipu semua meluahkan kata-kata dan kritik masing masing.

Saya suka membaca blog2 & forum2 yang mengaitkan perniagaan Monsun-biz dan Puan Nora. Saya adalah bekas pekerja Business Intergrated Resources Sdn Bhd yang telah lama berhenti kerja tetapi masih mengikuti perkembangan bisnes ini dari semasa ke semasa. Saya pasti, anda semua baru mengenali syarikat ini setelah bisnes Monsun-biz di lancarkan atau mungkin setelah wujud beberapa speaker2 baru yang mempamerkan iklan2 MIRSB di dada-dada akhbar terutamanya Harian Metro.


Zubir, Bukanlah seorang Datuk atau Dato’ sepertimana yang digelarkan. Terkejut beruk jugak bila baca dalam paper berkaitan dengan Filem Gentayangan yang di pasarkan di web seperti di Gua.com.my Zubir dah pakai nama Datuk. Datuk yang ada cucu pun dia tak pass ni kan pula Datuk pangkat.

Beliau adalah pemilik BIR (Business Intergrated Resources Sdn Bhd) yang telah memperkenalkan Mobile Income pada 2006. Ketika itu Mobile Income sudah pun memjalinkan satu hubungan erat dengan Everworks dimana BIR menjual pakej2 yang dibina oleh Everworks. Mereka menjual pakej aplikasi SMS Gateway yang dikenali sebagai Callcenter yang mana pengasas asalnya adalah En Nazri (Whizz Portal/ bekas Timb. Presiden Mobile Income sebelum Pn. Nora). Perniagaan Callcenter telah HIT jualan yang sederhana sehinggalah Puan Nora muncul sebagai agen Mobile Income bermodalkan RM500. Setelah berkenalan antara
Zubir dan Puan Nora, Zubir telah menggunakan Puan Nora sebagai alat menjanakan pendapatan. Dengan kapasiti kerja dan strategi yang luarbiasa milik Puan Nora, BIR telah mencapai satu angka pendapatan yang amat lumayan. Namun, Puan Nora hanya sebagai seorang agen biasa hanya memperolehi komisyen sahaja.

Bimbangkan Pn Nora keluar atau menyertai syarikat lain,
Zubir telah menawarkan Pn Nora syer di syarikat. Tetapi setelah setengah tahun beroperasi, Zubir masih tidak masukkan nama Pn Nora di syarikat dengan alasan masih banyak masalah yang belum di selelsaikan. Pada ketika itu Zubir membela 2 orang sahabatnya iaitu Dr. Wan Khairul Anwar dan Azmi. Mereka ini kaki joli. Oleh kerana bebanan tanggungan mereka ini lah, Zubir menjadi manusia yang zalim. Wang syarikat surut bak air di sinki dan dengan tak segan silu, Zubir memohon agar En. Nazri membuat pinjaman dengan along. Setelah wang diperolehi,… En Nazri telah di tuduh sebagai orang yang tak bertanggungjawab kerana merosakkan reputasi syarikat dengan meminjam dari Along. Pelbagai fitnah telah dilemparkan kepada Nazri sehinggakan Nazri malu untuk berniaga. Fara Tech yang di miliki isteri si Nazri pun mendapat tempias dari fitnah tersebut. Setelah Nazri di pecat, Zubir telah menawarkan jawatan Nazri kepada Pn Nora. Kebetulan pada masa itu, jumlah jualan Pn Nora amatlah luarbiasa. Setelah dipujuk rayu, Pn Nora telah bersetuju menggantikan tempat yang di kosongkan tadi.

Dengan kesungguhan dan keazaman untuk menjadi jutawan dan telah tersemat di hati Pn Nora, bila beliau berjaya nanti akan di bantu siapa sahaja yang susah untuk menjadi senang; Puan Nora lagi sekali mencipta rekod jualan yang tak pernah di sangka2 oleh
Zubir. Kali ini Zubir dah mula tamak. Di keluarkan semua wang dari syarikat (termasuklah duit hasil collection SMS dari pelanggan) dan di tuduh pula pegawai akaun yang bernama Za mengeluarkan duit tersebut. Berbulan2 di bawa cerita dongeng mengatakan si Za melesapkan duit tersebut. ( Yang herannya kenapa dia tak buat laporan Polis?? Kalau betul si Za melesapkan wang syarikat… sedangkan minah tu hanyalah pekerja biasa sahaja).

Kini alasan semakin kukuh untuk merosakkan nama seorang lagi sahabatnya yang mulakan perniagaan ini. Sufian…. di suruhnya Sufiah berhutang dengan along untuk cover expenses syarikat…

Oleh: MatBond

Rujukan Sumber:

www.uzairubiah.com
wanwannabe.blog.xfresh.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...