Showing posts with label aquaculture. Show all posts
Showing posts with label aquaculture. Show all posts

Monday, February 21, 2011

MENANDATANGANI PETISYEN BERSATU KEPADA ANTI TIPU (B.E.R.K.A.T)

Salam kepada rakan-rakan ku, salam perpaduan, di sini saya ingin mengutarakan sebuah surat yang telah dikaryakan untuk meluahkan rasa terkilan dan kecewa degan apa yg berlaku disini, iaitu syarikat bumiputra menipu dan banyak makan duit anak bangsa kita sendiri!

Sehingga kini kita telah mendengar pelbagai cerita berkenaa Skim Cepat kaya atau secara ringkasnya SCK, daripada cerita Swisscash, Skim Pak Man Telo, skim tukaran matawang, emas dan sebagainya.

Betul ke anda boleh menjadi kaya dengan tanpa membuat apa-apa? hanya melabur dan mengoyangkan kaki?

Walaupun dengan pelbagai paparan berita, deretan artikel-artikel di dalam surat khabar, dan cerita dari mulut ke mulut. Penduduk Malaysia masih tertipu oleh kaum-kaum yang rakus mencari keuntungan dengan menyedut hasil titik peluh penduduk Malaysia yang rata-ratanya adalah pada paras kewangan sederhana.

Untuk maklumkan rakan-rakan kita memerlukan SOKONGAN rakan-rakan dalam hal ini! Marilah kita bersama-sama membanteras pembohongan ini daripada terus berleluasa!

Silalah rakan-rakan menyebarkan surat dibawah ini dan memberi sokongan di dalam geran bersepadu ini, marilah kita bersama-sama menandatangani petisyen kepada badan-badan kerajaan untuk mengambil tindakan tegas!

Marilah bersama-sama mengetengahkan maklumat diri, maklumat projek-projek palsu ini dan tandatangan rakan-rakan yang pernah TERTIPU dan DITIPU oleh syarikat-syarikat bajingan ini!

Marilah bersama-sama menandatangani SOKONGAN ANDA DISINI!

Saturday, February 19, 2011

Penipuan Skim Pelaburan Pertanian

Unsur Penipuan Di Dalam Skim Pelaburan Projek Pertanian Yang 
Dianjurkan Oleh Syarikat Swasta & Individu Tertentu.

Terdapat rungutan dan laporan daripada orang ramai berkaitan kes penipuan skim pelaburan pertanian yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat swasta dan individu tertentu sejak kebelakangan ini. Kes-kes penipuan ini melibatkan penyertaan orang ramai dalam projek-projek pertanian seperti projek penanaman serai, penternakan cacing, penternakan lintah, penternakan ikan keli dan penternakan burung walit.
Syarikat-syarikat swasta ini akan memujuk orang ramai berdaftar sebagai ahli dengan mengenakan yuran keahlian yang tinggi disamping meminta ahli untuk membeli benih dan lain-lain input pertanian daripasa syarikat berkenaan sebagai syarat utama untuk menyertai skim pelaburan ini. Syarikat ini turut menjanjikan pembelian balik hasil pertanian dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.
Kes-kes penipuan seperti ini telahpun dikesan di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Pahang.
Sehubungan itu orang ramai khususnya ahli-ahli Pertubuhan Peladang diingatkan agar berhati-hati dengan tawaran skim pelaburan dalam projek pertanian yang dibuat oleh syarikat-syarikat swasta atau indivudu-individu tertentu, orang ramai juga digesa agar mendapatkan nasihat daripada pegawai-pegawai daripada Jabatan dan Agensi berkaitan terlebih dahulu.

Sumber : Lembaga Pertubuhan Peladang

Unsur Penipuan Di Dalam Skim Pelaburan Projek Pertanian Yang Di Anjurkan Oleh Syarikat Swasta Dan Individu Tertentu.

Kebelakangan ini sering terdapat rungutan dan laporan daripada orang ramai berkaitan kes penipuan di dalam skim pelaburan pertanian yang dianjurkan oleh syarikat –syarikat swasta dan individu tertentu, Kes-kes penipuan ini melibatkan penanaman serai, penternakan cacing, lintah, ikan keli dan burung walit. Syarikat-syarikat swasta ini akan memujuk orang ramai berdaftar sebagai ahli dengan mengenakan yuran keahlian yang tinggi disamping meminta ahli untuk membeli benih dan lain-lain input pertanian daripada syarikat berkenaan sebagai syarat utama menyertai skim pelaburan ini. Syarikat ini turut menjanjikan pembelian balik hasil pertanian dengan harga yang tinggi daripada pasaran. Kes-kes penipuan seperti ini telah pun dikesan di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Pahang.

Sebagai langkah bagi mengawal kes-kes seperti ini orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan tawaran pelaburan dalam projek pertanian yang dibuat oleh syarikat-syarikat swasta / individu-individu tertentu. Orang ramai digesa mendapatkan nasihat daripada pegawai-pegawai Jabatan dan Agensi berkaitan terlebih dahulu. Di samping itu pegawai juga diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya memberi sokongan kepada syarikat-syarikat swasta yang ingin menganjurkan seminar atau latihan pertanian kepada orang ramai tanpa memeriksa kesahihan syarikat tersebut.

PETIKAN PENGUMUMAN DI LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA

Unsur Penipuan Di Dalam Skim Pelaburan Projek Pertanian



Kebelakangan ini sering terdapat rungutan dan laporan daripada orang ramai berkaitan kes penipuan di dalam skim pelaburan pertanian yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat swasta dan individu tertentu. Kes-kes penipuan ini melibatkan penyertaan orang ramai dalam projek-projek pertanian seperti penanaman serai, penternakan cacing, lintah, ikan keli dan burung walit. Syarikat-syarikat swasta ini akan memujuk orang ramai berdaftar sebagai ahli dengan mengenakan yuran keahlian yang tinggi di samping meminta ahli untuk membeli benih dan lain-lain input pertanian daripada syarikat berkenaan sebagai syarat utama untuk menyertai skim pelaburan ini. Syarikat ini turut menjanjikan pembelian balik hasil pertanian dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Kes-kes penipuan seperti ini telah pun dikesan di negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Pahang.

Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah diminta supaya berhati-hati terhadap tawaran syarikat tertentu dalam Skim Pelaburan Projek Pertanian. Orang ramai juga adalah dinasihatkan merujuk kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atau agensi-agensi kerajaan yang berkenaan bagi memastikan kesahihan syarikat atau individu yang menawarkan sebarang Skim Pelaburan Projek Pertanian.

Bahagian Penggalakan Pelaburan
Pembangunan Perniagaan dan Penswastaan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...