Friday, February 18, 2011

Ada apa dengan Dinar Reserve

saya ada dengar orang disebalik tabir Dinar Reserve adalah mereka yang sama dari MIRSB sebelum ni. Nampaknya mereka nak mencari mangsa baru dalam “dinar” pulak kot. Tengok dari keahliannya macam sama dengan sebelum ni.

Mereka gemar mengunakan perkataan mobile dan juga center. Dinar reserve ni juga ada keahlian yang sama iaitu mobile dinar dan juga dinar center. Actually saya tak nampak apa guna kad dinar reserve tu kepada mereka yang join. Untuk keluarga duit dari Liberty Reserve, E-Bullion? Hanya mereka yang gemar dalam forex je guna benda tu.

Diorang nak jadi orang tengah transfer duit pulak ke? Maklumat kat laman web pun takde sangat. Jadi susah nak wat review pasal Dinar Reserve ni. Tetapi menurut Whois, comfirm orang sama disebalik MIRSB,MONSUN BIZ, 86 dan seangkatan dengannya.

Dunia ni kecil aje. Entah berapa ramai pulak mangsa selepas ni. Saya jangka Dinar Reserve ni pun takkan bertahan lama. Lepas ni tutup la. Diorang nak main e-currency. Memang lagi seronok BNM nak pantau sebab diorang boleh caj AKTA PENGUBAHAN WANG HARAM.

Saya masih tertanya tanya pada mereka yang pernah tertipu dengan diorang tu. Takde tindakan daripada pihak berkuasa ke? Rasanya ada yang buat laporan polis. Pelik betul.

2 comments:

Devastator said...

yang ni mcm mane plak ye? - http://www.gcp.com.my/

Salehuddinjojo said...

Kalau beli emas pasti kan dapat emasnya, kalau dapat dividen tiap2 bulan tu dah Kira lain, setahu saya gcp hanya jual emas fizikal

Salehuddin-salleh.blogspot.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...